Friday, January 9, 2009

HMT329 Analisis Konstrastif Israel VS Palestin

Objektif kuliah pada hari ini Dr Radiah telah memberi penerangan yang lebih jelas mengenai analisis konstrastif. Bagi melihat anailisis konstrastif kita boleh membandingkan satu unsur X dengan Y. Melalui perbandingan ini kita dapat melihat persamaan dan perbezaaan unsur yang dibandingkan. Unsur X dan Y hanya sebagai lambang sahaja (hanya infinate).

Contohnya

Maksud Palestin
13, negara yang sedang dijajah
15, negara islam
16, negara yang selalu kena bom
23, negara yang tidak stabil
25, rakyat ditindas
27, rakyat Palestin hidup dalam derita
29, banyak rakyat yang terkorban

Israel

2, sebuah Negara Kristian
4, kejam, menindas, membunuh
6, sebuah Negara yang tidak bercampur dengan politik
10, sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.
8, sesebuah peperangan yang mempunyai rakyat terkorban.
14, Negara yang mempunyai pemimpin yang berkomunikasi.

Selepas menyenaraikan ciri-ciri bagi negara Palestin dab Israel, kita kehendaki membandingkan persamaan dan perbezaan yang wujud dalam maklumat yang telah diberi iaitu dengan menjalankan analisis konstrastif. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Jawapan yang telah diberikan ialah:

28, Negara Israel lebih kuat.
24, Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.
9, Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )
15, Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.
12, Wujud konflik politik antara kedua-dua negara
8, Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.

Kemudian jawapan yang diberikan perlu dibuktikan betul dengan memberikan bukti yang kukuh dan benar. Pelajar-pelajar HMT329 telah mencari bukti dalam wikipedia, Utusan Malaysia, Berita Harian Online. Antara jawapan yang diberikan ialah:

No.22, 17, 5. Membuktikan ungkapan 25 dan 4 adalah benar, iaitu mengesahkan Israel dan Palestin berkonflik. Bukti diperoleh melalui wikipedia.

No.6 dan no.11. Membuktikan ungkapan no.9 adalah benar, iaitu rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian tetapi juga menganut agama yang berlainan. Bukti diperoleh melalui wikipedia.

No.10 dan no.26. Membuktikan ungkapan no.12 adalab benar, iaitu sememangnya terdapat konflik antara kedua-dua negara. Bukti diperoleh daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin".

No.27, no.29 dan no.8. Membuktikan ungkapan n0.27 adalah benar, iaitu rakyat memang hidup dalam derita. Bukti diperoleh daripada Utusan Malaysia online.

Bagi membuktikan sesuatu ungkapan, contohnya "Hisbullah bantu Hamas" yang menjadi tajuk dalam akhbar kita perlu membuktikan ungkapan ini dengan melihat akhbar-akhbar lain contohya di Malaysia kita boleh melihat akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, akhbar Bahasa Melayu Perdana dan Bahasa Melayu bukan Perdana, Pro Pemerintahan Persekutuan dan bukan Pro Pemerintahan Persekutuan.

Selain itu, bagi mendapatkan bukti yang lebih kukuh kita boleh menyemak akhbar luar negara yang menggunakan bahasa Melayu iaitu Singapura (Harian Singapura), Brunie (Media Permata) dan Indonesia (KOMPAS)
Di Asia pula kita boleh membuktikan ungkapan ini benar berdasarkan kepada akhbar di negara Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong, China, Veitnam, Kamphucia dan Thailand.

NurHanizah binti Asraf Ali, 18
Siti NurSuhana binti Jamil, 25

No comments: