1.0 Pendahuluan
Kertas kerja ini membincangkan perbezaan penggunaan konsep kepunyaan atau milik di dalam tiga bahasa yang berlainan. Bahasa tersebut ialah bahasa Punjabi, dialek Melayu Perak Kuala Kangsar dan dialek Melayu Kedah Kulim. Terdapat perbezaan yang jelas dalam penggunaan konsep kepunyaan di dalam ketiga-tiga bahasa yang akan dikaji. Tujuan kami mengkaji data yang terdapat di bawah ini adalah untuk melihat perbezaan konsep kepunyaan antara ketiga-tiga bahasa ini. Selain itu, kami juga ingin konsep gender yang terdapat di dalam bahasa Punjabi. Konsep ini mempengaruhi penggunaan konsep kepunyaan dalam bahasa Punjabi.
2.0 Dapatan kajian
Konsep milik
Bahasa Punjabi
Dialek Perak {Kuala Kangsar}
Dialek Kedah Kulim
Ungkapan + kepada
Niza asraf di kuri
Niza asraf punya anak perempuan
Saiful asraf da munda
Saiful asraf punya anak lelaki
Niza anak asraf ali
Saiful anak asraf ali
Niza anak asraf ali
Saiful anak asraf ali
Milik kepada siapa
Wo Saripah da kare
Itu Saripah punya rumah
tu ghumah Saripah
tu ghumah Saripah
Kata ganti diri pertama
Wo kare mera
Itu rumah saya punya
Wo gedi meri
Itu kereta saya punya
Tu ghumah aku
Tu kete aku
Tu ghumah aku
Tu gheta aku
Kata ganti diri kedua
Wo kare ora
Itu rumah dia punya
Wo kare tumhara
Itu rumah awak punya
Tu ghumah dier
Tu ghumah kome
Tu ghumah dia
Tu ghumah hang
Kata ganti diri ketiga
Wo kare unna da
Itu rumah mereka punya
Tu ghumah depe
Tu ghumah depa
3.0 Analisis data
Berdasarkan data di atas, terdapat perbezaaan penggunaan konsep kepunyaan dalam ketiga-tiga data ini. Dalam bahasa Punjabi, terdapat perbezaan untuk menunjukkan konsep ungkapan + kepada. Sebagai contohnya, konsep kepunyaan ditunjukkan oleh penggunaan ‘di’ dan ‘da’. Penggunaan perkataan ‘di’ hanya menunjukkan konsep kepunyaan bagi anak perempuan. Manakala perkataan ‘da’ hanya menunjukkan konsep kepunyaan bagi lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui data di bawah :
Niza asraf di kuri
Niza asraf punya anak perempuan
Saiful asraf punya anak lelaki
Saiful asraf da munda
Hal ini berbeza dengan dialek Perak dan Kedah. Dalam kedua-dua dialek ini, tidak terdapat konsep kepunyaan tetapi penggunaan perkataan ‘anak’ itu sendiri sudah menunjukkan konsep kepunyaan tidak kiralah sama ada anak itu lelaki atau pun perempuan.
Manakala bagi penggunaan bagi kata ganti diri yang pertama dan kedua dalam bahasa Punjabi, penggunaan konsep kepunyaan ini bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama tersebut. Hal ini dapat dilihat seperti data di atas. Penggunaan kata ‘ra’ dalam ‘mera’ hanya akan digunakan jika kata nama tersebut memiliki gender maskulin. Kata nama dalam bahasa Punjabi itu sendiri telah ditanamkan dengan ciri gender tertentu. Sebagai contohnya bagi ayat di bawah :
Wo kare mera
Itu rumah saya punya
Berdasarkan contoh ayat di atas, perkataan ‘ra’ dalam ayat ini bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama ini. Dalam hal ini, kata nama ‘kare’ iaitu rumah memiliki gender maskulin. Manakala bagi konsep kepunyaan yang bergantung kepada gender feminin, hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
Wo gedi meri
Itu kereta saya punya
Ayat di atas pula menunjukkan penggunaan kata ‘ri’ membawa konsep kepunyaan bagi gender feminin yang dimiliki oleh kata nama tersebut. Dalam contoh ayat di atas, perkataan ‘gedi’ memiliki gender feminin. Berdasarkan data yang diperoleh, penggunaan konsep kepunyaan ‘da’ dan ‘di’ dengan konsep kepunyaan ‘ra’ dan ‘ri’ adalah sama dan tidak berbeza. Dalam bahasa Punjabi, jikalau kata ganti nama digunakan, konsep kepunyaan ‘ra’ dan ‘ri’ akan digunakan. Tetapi jikalau kata ganti nama ditukarkan dengan nama orang, konsep kepunyaan yang akan digunakan ialah ‘da’ dan ‘di’. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
Wo Saripah da kare
Itu Saripah punya rumah
Wo kare mera
Itu rumah saya punya
Berdasarkan contoh ayat di atas, dapat dilihat perbezaan antara kedua-dua ayat ini. Bagi ayat yang pertama, jikalau nama seseorang digunakan konsep kepunyaan yang digunakan ialah da. Tetapi jika menggunakan kata ganti nama seperti saya, awak, mereka dan lain-lain konsep kepunyaan yang akan digunakan ialah ‘ra’.
Manakala dalam dialek Kedah dan Perak, tidak wujud unsur gender untuk menunjukkan konsep kepunyaan. Contohnya dalam dialek Kedah dan Perak konsep kepunyaan hanya ditunjukkan oleh kata ganti nama seperti aku, dier, hang, kome, depa dan depe. Selain itu juga, konsep kepunyaan untuk kedua-dua dialek ini tidak akan berubah walaupun menggunakan kata ganti nama atau nama seseorang. Dari segi perbezaan antara kedua-dua dialek ini, hanya terdapat perbezaan dari segi penggunaan leksikal dalam kata ganti nama mengikut dialek. Hal ini dapat dilihat seperti contoh di bawah :
Tu ghumah dier
Tu ghumah dia
Tu ghumah kome
Tu ghumah hang
Tu ghumah depe
Tu ghumah depa
Berdasarkan contoh ayat di atas, perbezaan leksikal dapat dilihat melalui penggunaan bentuk kepunyaan. Dalam dialek Perak dan Kedah, leksikal yang telah dihitamkan itu mempunyai fungsi yang sama dan makna yang sama.
Selain itu, perbandingan juga dapat dibuat melalui struktur ayat bagi bahasa Punjabi, dialek Perak dan Kedah. Dari segi struktur ayat, bahasa Punjabi masih lagi mengikut susunan ayat iaitu subjek + predikat. Hal ini juga bersamaan dengan dialek Perak dan Kedah tetapi berlaku pengguguran dalam kedua-dua dialek ini. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
Wo Saripah da kare
Itu Saripah punya rumah
tu ghumah Saripah
tu ghumah Saripah
Berdasarkan contoh di atas, kolum pertama ialah bahasa Punjabi, kolum kedua pula ialah dialek Perak Kuala Kangsar dan kolum ketiga pula ialah dialek Kedah Kulim. Ayat dalam bahasa Punjabi tidak mengalami pengguguran. Hal ini berbeza dengan dialek Perak dan Kedah. Terdapat pengguguran frasa dalam kedua-dua ayat ini. Proses ini berlaku di antara perkataan ghumah dengan Saripah. Terdapat ruang kosong yang telah digugurkan. Ruang kosong tersebut boleh digantikan dengan frasa kepunyaan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui ayat di bawah :
Tu ghumah___ Saripah.
Berdasarkan contoh ayat di atas, konsep kepunyaan dalam ayat ini telah digugurkan.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang nyata di antara ketiga-tiga bahasa ini. Terdapat keistimewaan dalam bahasa Punjabi dari segi penggunaan konsep kepunyaan yang bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama dalam sesebuah ayat. Tetapi perkara ini tidak terdapat di dalam dialek Perak dan Kedah.
Nama ahli kumpulan :
22. Sharifah Shadhatul Nadrah
18,Nur Hanizah Asraf Ali
11,Mohd Hazrul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment